Hayat Awal David Ben-Gurion

David Ben-Gurion dilahirkan dalam tahun 1886 di Poland sebagai David GrĂ¼n. Dalam tahun 1906, dia berhijrah ke Palestin. Palestin pada masa itu dikuasai oleh Turki. Semasa di Palestin, David Ben-Gurion memulakan usaha untuk penubuhan sebuah negara kaum Yahudi di tanah suci seperti yang termaktub di dalam kitab-kitab Yahudi. David Ben-Gurion menjadi activist pergerakan Zionis, dan menjadi masyhur kerana wawasan, tenaga dan kemahirannya berpidato.

Apabila Perang Dunia I meletus, Ben-Gurion diusir keluar dari Palestin oleh pihak Turki. Ben-Gurion tinggal di Amerika Syarikat sehingga tamat perang, selepas mana beliau pulang ke Palestin. Apabila Britain membuat Pengisytiharan Balfour, David Ben-Gurion mengasaskan dan menyertai Legion Yahudi yang membantu pihak British dalam Perang Dunia I .